Program Industry-Led Professional Certificate (IPC)
IPC adalah salah satu program pembangunan model insan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) yang dirangka bersama pihak industri. IPC menghasilkan pengendali dan juruteknik yang mahir melalui modul khusus dan latihan di tempat kerja.
Program IPC memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas jualan yang makin mencabar dan kian berubah dengan teknologi.
Program ini memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.
Dalam tempoh enam bulan program IPC, pelatih didedahkan kepada pengetahuan am industri, kemahiran dan budaya kerja industri. Graduan IPC akan dijaminkan pekerjaan sama ada dalam kilang pengeluaran dan sebagainya.
Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii), sila klik pautan di bawah
MARii Logo_MARii with text (1).png
Struktur Program Industry-Led Professional Certificate (IPC)
Syarat Kemasukan
  • Warganegara Lelaki & Perempuan
  • Berumur 18 - 30 Tahun
  • Memiliki sijil Berhenti Sekolah /  SPM / SKM / Diploma dan institusi latihan tempatan atau setaraf
  • Calon mempunyai sijil UPSR / PMR / PT3 akan dipertimbangkan
Kelebihan Program
Syarikat Yang Bekerjasama Dengan Program IPC
(February 2021)

To play, press and hold the enter key. To stop, release the enter key.