Program IPC MARii (Online)
[Sila baca sebelum meneruskan pendaftaran]
Objektif Program
Program IPC MARii Online adalah program Belajar-Sambil-Bekerja di mana para perantis akan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan kerjaya di dalam industri automotif dan pembuatan.
Struktur Program
Program ini akan dijalankan secara 'Online' selama 15 hari bermula dari tarikh yang anda pilih untuk memulakan program ini. Selepas 15 hari pembelajaran teori secara 'Online', anda akan mula menjalani pembelajaran secara praktikal/bekerja di syarikat-syarikat yang berada dalam program ini selama 5 bulan. Selepas tamat program ini, anda dijamin akan ditawarkan pekerjaan sepenuh masa oleh syarikat-syarikat yang berada dalam program ini (tertakluk kepada prestasi).

Sepanjang tempoh program ini, anda akan diberi elaun dan akan disediakan dengan pengangkutan, penginapan dan perlindungan insurans yang ditanggung sepenuhnya.
Pendaftaran
  1. Selepas memilih tarikh memulakan program di halaman seterusnya, anda diminta untuk mengisi borang pendafatan sepenuhnya.
     
  2. Anda akan menerima E-mail untuk mengesahkan pendaftaran anda.
     
  3. Dalam masa 5 hari bekerja, pihak admin program IPC kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan pendaftaran anda dan juga menjemput anda ke dalam group Whatsapp dan Telegram program IPC MARii.
     
  4. Anda akan diminta hadir ke sesi Pengenalan Program IPC yang akan diadakan secara online. Sesi pengenalan ini kebiasaannya akan diadakan pada tarikh bermula Program IPC yang akan dipilih oleh anda selepas ini.
     
  5. Anda akan mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan anda sebagai seorang perantis Program IPC di dalam sesi pengenalan tersebut.
     
  6. Jika anda tidak dihubungi oleh pihak kami dalam masa 5 hari bekerja, anda boleh menghubungi kami di Whatsapp dan/atau telefon kami di +60139426330
  • Whatsapp